Sindiket curi kereta Malaysia jadikan Thailand sebagai pusat transit sebelum seludup ke rantau ini


Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengesahkan sindiket curi kereta dari Malaysia menjadikan Thailand sebagai pusat transit bagi kenderaan yang mereka curi sebelum menyeludupnya ke negara lain di rantau ini seperti Laos, Kemboja dan Vietnam.
Menurut Pengarahnya Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, sejak 2015, Polis Diraja Thailand (RTP) merampas lebih 100 kenderaan yang dicuri di Malaysia dan menyerahkannya kepada PDRM, laporan Bernama.
“Pasukan polis dari kedua-dua negara akan meningkatkan kerjasama bagi melumpuhkan sindiket curi kereta yang kini beroperasi di Malaysia dan Thailand. Sejak beberapa tahun lepas, Bukit Aman dan RTP menjalin kerjasama rapat dalam semua bidang seperti yang dapat dilihat baru-baru ini melalui penangkapan enam rakyat Malaysia di Bangkok yang didakwa mempunyai kaitan dengan sindiket penipuan melalui telefon,” ujarnya kepada media semalam ketika menerima 20 kereta Malaysia yang dicuri, kebanyakannya kenderaan mewah, daripada penasihat RTP Jen Witaya Prayongpan.
Dalam majlis penyerahan kenderaan berkenaan, RTP turut berkata kenderaan curi menjadi isu sejak sekian lama dan memberi kesan negatif terhadap ekonomi Thailand dan Malaysia.
Perdana Menteri Thailand Jen Prayut Chan-o-cha dan timbalannya, Jen Prawit Wongsuwan sering menegaskan tentang kepentingan menangani isu itu kerana ia dipercayai berpotensi membuka laluan kepada aktiviti jenayah lain.
Dalam masa yang sama, Wan Ahmad turut berkata, usaha sedang dilakukan bagi mengesan rakyat Malaysia yang mengetuai sindiket itu, yang ditumpaskan di Bangkok minggu lepas.

Sumber: By  / poultan.org

KERETA PALING BANYAK, PALING KERAP DI CURI


KUALA LUMPUR: Proton Wira dan Toyota Hilux kekal sebagai kenderaan yang paling banyak dicuri dari segi jumlah pada tahun lalu, demikian mengikut Persatuan Insuran Am Malaysia (PIAM). Sementara itu, dari segi peratusan kekerapan kecurian iaitu nisbah jumlah kecurian kepada jumlah keseluruhan sesuatu model itu di atas jalan, Toyota Vellfire berada di kedudukan teratas, diikuti Mitsubishi Pajero. 


Berdasarkan statistik yang dikeluarkan PIAM, kereta Proton kekal sebagai jenama yang paling banyak dilarikan tahun lalu, dengan 854 unit Proton Wira dicuri, susut sedikit berbanding 1,214 pada tahun sebelumnya. 


Ia diikuti Toyota Hilux (624), Perodua Kancil (438), Proton Iswara (420) Proton Waja (352), Perodua Myvi (357), Proton Saga (253), Nissan Vanette (186), Proton Satria (174) dan Toyota Vios (152). 


Dalam pada itu, dari segi peratus kekerapan, sebanyak 114 daripada 54,876 atau 0.21 peratus Toyota Vellfire dicuri pada tahun lalu, diikuti Mitsubishi Pajero (0.17 peratus); Toyota Hilux (0.15 peratus); Peugeot 508 (0.15 peratus); Proton Putra (0.15 peratus); Proton Perdana (0.14 peratus); Nissan Venette (0.13 peratus); Ssangyong Rexton (0.12 peratus); Proton Satria (0.11 peratus) dan Toyota Liteace (0.11 peratus). 


Ketua Eksekutif PIAM, Mark Lim, berkata secara amnya industri insuran mencatat penurunan dari segi jumlah kes kecurian sebanyak 20 peratus pada tahun lalu berbanding 2015.


"Jumlah kenderaan dicuri bagi semua kelas pada 2016 adalah berjumlah 19,307, berkurangan daripada 24,154 pada 2015. 


"PIAM amat menghargai usaha Polis Di Raja Malaysia (PDRM); kastam dan agensi penguatkuasaan lain atas komitmen dan usaha secara bersepadu dengan Vehicle Theft Reduction Council (VTREC). 


"Industri juga bekerjasama rapat dengan Fraud Intelligence System (FIS) bagi membendung pemalsuan insurans di Malaysia," katanya. 


FIS, tambahnya, adalah inisiatif industri dengan penyertaan syarikat insurans sebagai ahlinya. Sistem ini menggunakan data analitik untuk mengesan pemalsuan dalam pasaran. 


"FIS akan dilaksanakan secara berperingkat dan disasarkan bermula pada suku ketiga tahun ini," katanya.


Sumber : http://www.bharian.com.my/node/252518

Toyota Vellfire merupakan kenderaan paling kerap dicuri diikuti Mitsubishi Pajero, Toyota Hilux


Dalam taklimat tahunan untuk media oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) semalam, yang telah mendedahkan kadar pertumbuhan terendah pada tahun lalu, namun tuntutan insurans kekal tinggi sehingga menjangkau RM5.02 bilion. Ini didorong oleh peningkatan kadar kemalangan termasuk kos perubatan yang kian meningkat.
Ia bukanlah tahun yang cemerlang buat syarikat insurans di Malaysia. Namun dengan penguasaan sebanyak 46.2%, insurans kenderaan merupakan penyumbang terbesar dalam bidang ini, diikuti dengan insurans kebakaran iaitu sebanyak 18.5%. Jualan kenderaan yang merosot buat pertama kalinya pada tahun 2016 selepas enam tahun berturut-turut meningkat, iaitu di bawah 600,000 unit.
Faktor penyumbang kemerosotan dalam industri insurans ialah peningkatan kadar kecurian kenderaan. Dalam pembentangan yang dilaksanakan oleh CEO PIAM Mark Lim, pihak polis dan kastam telah melakukan pelbagai usaha untuk membanteras sindiket curi kenderaan, hasil kerjasa dengan Vehicle Theft Reduction Council (VTREC), sebuah badan organisasi yang diwujudkan oleh PIAM. Di mana jumlah kenderaan yang dicuri pada tahun lalu menurun sebanyak 20% iaitu 19,307 unit.
Dengan pecahan tersebut iaitu sebanyak 20% (19,307 kecurian vs 24,154 pada 2015), menyaksikan penurukan kadar kecurian kenderaan bagi semua kelas – kenderaan persendirian (-16%), motosikal (-24%) dan kenderaan komersil (-9%). Statistik ini tidak mengambil kira ganti rugi bagi kes kecurian kenderaan.


Apa yang paling menarik ialah senarai “paling dikehendaki”. Menurut carta di atas, seperti yang dijangka, ia didominasi oleh model kereta nasinal yang memang banyak terdapat di jalan raya negara kita iaitu Proton dan Perodua. Sekali lagi, Proton Wira menjadi kenderaan yang paling banyak dicuri di Malaysia, seperti mana tahun 2015.
Manakala Toyota Hilux di tempat kedua, juga seperti tahun 2015. Tetapi tidak seperto Wira dan 10 model kenderaan yang berada di dalam senarai teratas, jumlah Hilux yang dicuri meningkat pada tahun 2016, membuktikan trak pikap Toyota ini memang cukup popular di kalangan pencuri. Malahan Toyota Vios juga memasuki senarai di tangga 10 ini, menggantikan Honda City.
Namun apa yang mengejutkan, model yang paling banyak kerap dicuri di Malaysia pada tahun lalu ialah Toyota Vellfire, iaitu sebanyak 114 berbanding 55,000 unit berada di atas jalan raya. Diikuti dengan Hilux di tangga kedua serta ketiga, Mitsubishi Pajero. Sementara SsangYong Rexton menduduki tangga kelapan. Malahan Rexton juga menerima permintaan yang tinggi di negara jiran, maka tidak mustahil ia turut menjadi sasaran. Bukan itu sahaja, Proton Putra yang telah lama ditamatkan pengeluarannya turut menjadi sasaran. Dan agak menghairankan apabila Peugeot 508 turut menjadi sasaran pencuri dan menduduki tangga keempat dalam carta.
Jadi bagi pemilik Vellfire dan Hilux, sila lebih berhati-hati agar tidak menjadi sasaran pencuri kenderaan!

 Sumber: poultan.org By 

Taklimat alat pengesan kenderaan hilang (SPKG) di UKM, Bangi

Taklimat alat pengesan kenderaan hilang (SPKG) di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM.


Hari ini team SPKG memberi taklimat/presentation kepada unit kenderaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Alat pengesan ini mampu mengurangkan kos operasi, membantu audit dalaman dan meningkatkan keselamatan kenderaan.

Kerjasama yang amat baik daripada pihak universiti amat kami hargai.








Alat Pengesan Kenderaan - GPS TRACKER

Bagaimana cara kita nak mengesan  kereta atau motosikal yang hilang?


Sebenarnye.... handphone anda sendiri boleh mengesan kereta atau motosikal yang hilang.

Ya.... kenderaan yang hilang boleh dikesan dengan menggunakkan handphone anda sendiri.. tapi bagaimana?

Caranya mudah sahaja...!! dan anda kene ade :-

1. Handphone (Android/IOS) / PC
2. Alat "tracker" yang dipasang pada Kereta/Motosikal/Lori/Bas/Van/4WD
3. Internet/wifi/telephone line

Masih tak jelas??

Ok..... langkah pertama alat atau "device" perlu dipasang pada kenderaan..

Bagaimana cara nak pasang alat atau "device"?

1. Register dengan kami dan membuat temujanji pemasangan.

2. Pemasangan dibuat di Lembah Klang (Pemasangan dibuat di tempat anda secara PERCUMA).

3. Pembayaran HANYA DI BUAT selepas pemasangan.

4. Pelanggan akan diberi penerangan tentang penggunaan alat selepas selesai pemasangan.

Alat pengesan ini tidak sama dengan alat yang dijual secara online atau dikedai-kedai yang lain kerana alat pengesan ini mempunyai sistem iaitu kesemua data dan maklumat disimpan di dalam server. Walaupun alat ini dimusnahkan data masih disimpan di dalam server. Jika berlaku kecemasan anda boleh membuat panggilan ke talian 24jam dan team kami boleh membantu mengesan kedudukan kereta/motosikal dan membuat pencarian dengan kerjasama pihak polis.

Alat pengesan ini tidak dipasang secara "plug and play" kerana mudah dikesan oleh pencuri. Alat pengesan ini dipasang ditempat yang sukar dikesan oleh pencuri.

Selepas pemasangan alat atau "device" pada kereta atau motosikal, satu aplikasi akan dimuat turun kedalam handphone pelanggan. Aplikasi di"install" dan aplikasi ini dipanggil "Tracksolid".
Log in  dan password akan diberi pada pelanggan.


Mematikan dan menghidupkan kembali enjin:
(Dengan menggunakan model device sebelum ini)



Motosikal Kawasaki Dtracker 150 Karburetor




Motosikal Triumph Tiger 1050, Petrol Fuel Injection




Kereta Toyota GT 86 (Fuel Injection) model 2014




Kereta Nissan Frontier 2.5 Turbo Diesel

Featured Post

Taklimat alat pengesan kenderaan hilang (SPKG) di UKM, Bangi

Taklimat alat pengesan kenderaan hilang (SPKG) di Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Hari ini team SPKG memberi taklimat/presentatio...